Monday, November 5, 2012

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan ,intonasi ,jeda dan kelancaran yang betul .Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.Di samping itu ,murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

Objektif kemahiran membaca
Objektif kemahiran membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :

i  . membaca dan memahami perkataan , frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata , diftong , vokal berganding ,digraf ,dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul .

ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar , berjeda ,sebutan yang jelas ,mengikut tanda baca dan intonasi yang betul.

iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul

iv. membaca ,memahami  dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul.

v. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan ,memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan. 

1 comment: