Sunday, November 18, 2012

Kata adjektif

Kata adjektif warna
 kata adjektif warna digunakan untuk menerangkan  warna .


Contoh : merah ,putih,kuning ,hijau ,biru, ungu,hitam, kelabu, coklat



1. Bunga raya berwarna __________

2. Bunga matahari berwarna ___________________
3. Langit berwarna__________________
4.Awan berwarna __________________
5.Daun berwarna __________________
6.Rambut berwarna__________________
7. Oren berwarna ___________________
8.Terung berwarna __________________




Kata adjektif sifatan
Kata adjektif sifatan /keadaan menerang sifatan atau keadaan
Misalnya :
baik,   sihat,    bijak,   halus,    kurus,    pandai

latihan
bijak
sihat
halus,
pandai
1. Tubuh badan anak gadis itu  sangat ____________.
2. Kulit bayi itu sangat ___________ seperti sutera.
3. Adik saya __________   melukis.
4.Budak  __________ itu menerima hadiah daripada guru
besar.







Kata adjektif bentuk
Kata adjektif bentuk menerangkan maksud rupa atau bentuk
Misalnya : bulat,bujur, segi empat ,lurus 

latihan
bulat
bujur
segi empat
lurus
1. Telur berbentuk _________.
2. Jalan ini panjang dan ____________ .
3. Meja ini berbentuk _____________ .
4. Bala ini __________ dan berwarna-warni

   
Kata adjektif ukuran
Kata adjektif ukuran menerangkan maksud ukuran misalnya : panjang,besar,kecil,tebal
isi tempat kosong.
panjang
besar
kecil
tebal
1.Badan gajah sangat _____________.
2.Rambut kakak _____________ .
3.Buku kamus ini  sangat ________  .
4 Layang-layang abang terbang    ________ di angkasa.






Kata adjektif waktu
Kata adjektif waktu menerangkan maksud masa.
Misalnya: baharu,segera,awal, lewat
 Isi tempat kosong
baharu
awal
segera
lewat
1.Abu pergi ke sekolah _________ pagi.

2.Kereta  _________ ayah berwarna biru. 

3.Kita patut pulang sekarang kerana hari sudah ___________ 

4.Makanan ____________ tidak berkhasiat.





Kata adjektif jarak
Kata adjektif jarak menerangkan maksud ruang antara dua benda atau keadaan .
Misalnya: jauh ,dekat ,hampir
hampir

jauh
hampir
1.Rumah Arif __________ dengan sekolah.
2.Bapa pulang ke rumah  __________ pukul sepuluh malam.
3.Sang arnab ___________ tertinggal di belakang kura-kura.






Kata adjektif cara
Kata adjektif cara menerangkan keadaan atau ragam .
Misalnya: pantas , cermat  ,perlahan ,deras.

latihan.Isi tempat kosong
pantas
cermat
perlahan
deras.

1.Air sungai mengalir  dengan ____________.
2.Bapa memandu kereta dengan   __________ .
3.Kura-kura berjalan dengan  ___________ di
 belakang  arnab.
4.Kuda berlari dengan _________ .
 



Kata adjektif perasaan
Kata adjektif perasaan menerangkan konsep perasaan .
Misalnya : gembira,,marah,risau ,sedih.

latihan:

gembira
takut
rindu
sedih

1. Adik _______ akan kucing yang garang itu.  
2.Ali berasa ________  kerana mendapat tempat pertama 
dalam pertandingan bercerita.
3.Mei Mei  berasa  ___________ apabila kucing kesayangannya mati.
4.Adik _______ akan bapa yang bekerja di luar negeri .
 



Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif pancaindera menerangkan konsep rasa,pandang,dengar,bau dan sentuh.
Misalnya : pahit  , cantik, bising ,wangi ,lembut.

Latihan gariskan perkataan adjektif pancaindera.

1. Peria ini sangat pahit.  
2.Anak kucing ini sungguh comel.
3.Bau sampah itu sangat busuk.
4.Adik menggunakan kain lembut untuk mengelap komputer.
5.Suara penyanyi itu sungguh merdu.
 
























                                                                             






6 comments:

  1. Latihan yang sesuai dan menarik kepada murid tahap satu. Bagus~ ^^

    ReplyDelete
  2. latihan ini sungguh bemanfaat.

    ReplyDelete
  3. latihan ini sesuai.

    ReplyDelete
  4. latihan yang disediakan adalah kaedah yang memudahkan murid memahami kata adjektif.

    ReplyDelete
  5. murid dapat membuat latihan selepas membaca nota.

    ReplyDelete